Berikut adalah cara-cara membuka akaun Payza;
- buka satu akaun gmail anda di sini - gmail.com (akaun gmail PayPal juga boleh digunakan)
- daftar baru akaun Payza anda menggunakan email tadi di sini - Payza
Setelah selesai, proses berikutnya ialah pengesahan (verification);
- pihak Payza akan menghantar satu email khas ke alamat gmail anda tadi, klik sahaja pautan khas yang diberikan dalam email tersebut
- setelah akaun gmail anda disahkan, seterusnya akaun Payza anda pula yang perlu disahkan
Pengesahan akaun Payza anda boleh dilakukan melalui dua cara yang mudah;
pertama;
- bank wire. Daftarkan dahulu mana-mana akaun bank tempatan anda dalam akaun Payza. Anda perlu mengisi nama bank, nombor akaun, alamat bank, no. telefon bank, dan SWIFT BIC kod bank anda. Dapatkan kod SWIFT BIC di sini.
- masuk ke online internet banking bank anda dan pindahkan (bank wire) jumlah wang yang perlu ke akaun Payza (sekurang-kurangnya masukkan USD200.00 - anda serius Biz online !)
- cukai untuk pengesahan melalui transaksi ini ialah USD20.00 (boleh berubah menurut kadar tukaran matawang asing)
kedua;
- kad kredit. Cara ini paling mudah dan pantas. Daftarkan satu kad kredit dalam akaun Payza anda dan ikuti arahan mudah yang diberikan satu persatu.
- pengesahan kad kredit dilakukan dengan pihak Payza caj USD1.00 - USD2.00 ke atas kad kredit anda. Jumlah ini akan dikredit semula ke akaun Payza anda
- melalui caj ini, anda akan mendapat nombor perpuluhan khas dalam skrin yang dipaparkan (contohnya, caj yang dikenakan ialah USD1.07, maka kod perpuluhan 07 itulah yang dimaksudkan)
- masukkan kod yang diberikan semasa verify akaun Payza anda nanti
- tiada cukai untuk pengesahan melalui kad kredit

