Tuesday, May 22, 2012

PayPal



Berikut adalah cara-cara membuka akaun PayPal;
  1. buka satu akaun gmail anda di sini - gmail.com (akaun gmail Payza juga boleh digunakan)
  2. daftar baru akaun PayPal anda menggunakan email tadi di sini - PayPal

Setelah selesai, proses berikutnya ialah pengesahan (verification);
  1. pihak PayPal akan menghantar satu email khas ke alamat gmail anda tadi, klik sahaja pautan khas yang diberikan dalam email tersebut
  2. setelah akaun gmail anda disahkan, seterusnya akaun PayPal anda pula yang perlu disahkan


Pengesahan akaun PayPal anda boleh dilakukan melalui dua cara yang mudah;

pertama;
  1. buka akaun simpanan RHB bank dan aktifkan RHB internet banking (minta bantuan kaunter RHB semasa pembukaan akaun). Anda hendak memulakan biz online, jadi dinasihatkan anda punya modal sekurang-kurangnya RM500.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan RHB anda itu nanti
  2. daftarkan nombor akaun RHB anda dalam akaun PayPal. (Akaun bank tempatan yang lain boleh juga digunakan, namun hanya RHB bank punya kelayakan ciri-ciri top-up (maksudnya, serta merta..ala.. macam kita top up prepaid handphone !)
  3. top-up akaun PayPal anda di sini - RHB internet banking

kedua;
  1. kad kredit. Cara ini paling mudah dan pantas. Daftarkan satu kad kredit dalam akaun PayPal anda tadi. Tekan butang verify (sahkan). Dan, anda hanya perlu tunggu 3-4 hari untuk kad kredit anda tadi disahkan
  2. pengesahan kad kredit dilakukan dengan pihak PayPal caj RM10.00 ke atas kad kredit anda. RM10.00 ini akan dikredit semula ke akaun PayPal anda
  3. melalui caj ini, anda akan mendapat kod khas  dalam penyata akaun kad kredit (selalunya selepas 3 hari, dan kadang-kadang sampai 7 hari)
  4. masukkan kod yang diberikan semasa verify akaun PayPal anda nanti.


No comments:

Post a Comment