Tuesday, May 22, 2012

Payza


Berikut adalah cara-cara membuka akaun Payza;
  1. buka satu akaun gmail anda di sini - gmail.com (akaun gmail PayPal juga boleh digunakan)
  2. daftar baru akaun Payza anda menggunakan email tadi di sini - Payza

Setelah selesai, proses berikutnya ialah pengesahan (verification);
  1. pihak Payza akan menghantar satu email khas ke alamat gmail anda tadi, klik sahaja pautan khas yang diberikan dalam email tersebut
  2. setelah akaun gmail anda disahkan, seterusnya akaun Payza anda pula yang perlu disahkan

Pengesahan akaun Payza anda boleh dilakukan melalui dua cara yang mudah;

pertama;
  1. bank wire. Daftarkan dahulu mana-mana akaun bank tempatan anda dalam akaun Payza. Anda perlu mengisi nama bank, nombor akaun, alamat bank, no. telefon bank, dan SWIFT BIC kod bank anda. Dapatkan kod SWIFT BIC di sini.
  2. masuk ke online internet banking bank anda dan pindahkan (bank wire) jumlah wang yang perlu ke akaun Payza (sekurang-kurangnya masukkan USD200.00 - anda serius Biz online !)
  3. cukai untuk pengesahan melalui transaksi ini ialah USD20.00 (boleh berubah menurut kadar tukaran matawang asing)

kedua;
  1. kad kredit. Cara ini paling mudah dan pantas. Daftarkan satu kad kredit dalam akaun Payza anda dan ikuti arahan mudah yang diberikan satu persatu.
  2. pengesahan kad kredit dilakukan dengan pihak Payza caj USD1.00 - USD2.00 ke atas kad kredit anda. Jumlah ini akan dikredit semula ke akaun Payza anda
  3. melalui caj ini, anda akan mendapat nombor perpuluhan khas  dalam skrin yang dipaparkan (contohnya, caj yang dikenakan ialah USD1.07, maka kod perpuluhan 07 itulah yang dimaksudkan)
  4. masukkan kod yang diberikan semasa verify akaun Payza anda nanti
  5. tiada cukai untuk pengesahan melalui kad kredit

PayPal



Berikut adalah cara-cara membuka akaun PayPal;
  1. buka satu akaun gmail anda di sini - gmail.com (akaun gmail Payza juga boleh digunakan)
  2. daftar baru akaun PayPal anda menggunakan email tadi di sini - PayPal

Setelah selesai, proses berikutnya ialah pengesahan (verification);
  1. pihak PayPal akan menghantar satu email khas ke alamat gmail anda tadi, klik sahaja pautan khas yang diberikan dalam email tersebut
  2. setelah akaun gmail anda disahkan, seterusnya akaun PayPal anda pula yang perlu disahkan


Pengesahan akaun PayPal anda boleh dilakukan melalui dua cara yang mudah;

pertama;
  1. buka akaun simpanan RHB bank dan aktifkan RHB internet banking (minta bantuan kaunter RHB semasa pembukaan akaun). Anda hendak memulakan biz online, jadi dinasihatkan anda punya modal sekurang-kurangnya RM500.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan RHB anda itu nanti
  2. daftarkan nombor akaun RHB anda dalam akaun PayPal. (Akaun bank tempatan yang lain boleh juga digunakan, namun hanya RHB bank punya kelayakan ciri-ciri top-up (maksudnya, serta merta..ala.. macam kita top up prepaid handphone !)
  3. top-up akaun PayPal anda di sini - RHB internet banking

kedua;
  1. kad kredit. Cara ini paling mudah dan pantas. Daftarkan satu kad kredit dalam akaun PayPal anda tadi. Tekan butang verify (sahkan). Dan, anda hanya perlu tunggu 3-4 hari untuk kad kredit anda tadi disahkan
  2. pengesahan kad kredit dilakukan dengan pihak PayPal caj RM10.00 ke atas kad kredit anda. RM10.00 ini akan dikredit semula ke akaun PayPal anda
  3. melalui caj ini, anda akan mendapat kod khas  dalam penyata akaun kad kredit (selalunya selepas 3 hari, dan kadang-kadang sampai 7 hari)
  4. masukkan kod yang diberikan semasa verify akaun PayPal anda nanti.